Thursday, October 28, 2010

                                                  _EXAM_
                                takutnye....peperiksaan dah dekat nih.
                                            tinggal seminggu je lagi.
                              peperiksaan akhir tahun ni akan menentukan
                                     kelas  untuk tingkatan 3 tahun depan.
                                         
                                harap agar semua kawan-kawan pada tahun ini
                                         kekal bersama untuk tahun hadapan.....
                                                           amin.............

Wednesday, October 27, 2010

PERKARA YANG MENJADI RAHSIA ALLAH S.W.T
  1. Allah merahsiakan umur manusia supaya kita sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapinya.Maksudnya kita tidak mengetahui bilakah kita akan dimatikan.Bilakah ajal kita dan berapa panjangkahnumur kita didunia ini.
  2. Allah merahsiakan keredhaan kepada hamba-hambaNya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh supaya hambaNya tetap berbakti dan beramal dengan lebih tekun lagi.
  3. Allah merahsiakan berlakunya malam lailatul Qadar pada bulan ramadhan supaya hambaNya sentiasa berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu dan bosan.
  4. Allah merahsiakan hamba-hambaNya yang beriman yang terdiri daripada wali-wali mereka yang beramal soleh daripada pengetahuan orang ramai supaya mereka tidak dipuja-puja dan dimuliakan oleh manusia kerana mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang memiliki banyak ilmu pengetahuan.